Oleh: Aina Sofia Binti Shaharim - Pegawai Pemulihan Pertuturan dan Bahasa Seringkali kita mendengar keluhan atau kerisauan ibu bapa zaman kini yang mempunyai anak berumur dalam lingkungan 1 tahun ke 2 tahun, yang mempunyai masalah lambat bercakap atau language delay . Secara teorinya atau berdasarkan milestone perkembangan pertuturan, kanak-kanak seawal 1 tahun sepatutnya boleh menghasilkan 1 perkataan yang bermakna, contohnya ‘mama’ atau ‘susu’. Kemudian, apabila anak tersebut mencecah umur 2 tahun, sepatutnya mereka boleh menggabungkan 2 perkataan menjadi 1 ayat, contohnya ‘nak susu’ atau ‘adik tidur’. Antara faktor kanak-kanak mempunyai masalah lambat bercakap, selain faktor kesihatan atau genetik, adalah faktor kekurangan rangsangan atau stimulasi bahasa daripada persekitaran. Terdapat beberapa strategi yang sering dilakukan oleh pegawai pemulihan pertuturan dan bahasa atau speech-language therapist semasa sesi terapi untuk merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak...
Comments
Post a Comment