PUASA DAN UBAT

By Pharmacy Services, KPJ Penang Specialist Hospital. Puasa Puasa adalah amalan yang biasa dilakukan oleh semua masyarakat termasuk masyarakat Barat. Antara sebab seseorang individu melakukan puasa adalah kerana tuntutan ibadah, kesihatan dan penyucian diri. Terdapat pelbagai kaedah puasa yang boleh dilakukan sama ada puasa selama beberapa jam atau sehari dan puasa yang menyekat pengambilan sesetengah jenis makanan. Bagi umat Islam, puasa adalah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari dengan disertakan niat. Ini termasuk puasa wajib di bulan Ramadhan atau puasa sunat di hari-hari yang lain. Hukum Puasa Untuk Pesakit Setiap orang Islam yang akil baligh adalah diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan. Namun begitu, terdapat kelonggaran untuk orang yang sakit untuk meninggalkan ibadah ini dan digantikan dengan puasa di hari yang lain. Namun jika pesakit ini disahkan tiada harapan untuk semb...