STROK DAN PEMULIHAN
Ditulis Oleh: Nur Amalina Muhammad Badruddin (Pegawai Pemulihan Carakerja) Menurut World Health Organization (WHO), strok merupakan sindrom klinikal yang diketahui bermula daripada salur darah. Ini menunjukkan sama ada perkembangan berfokus atau gangguan menyeluruh kepada fungsi otak selama lebih dari 24 jam atau mengarah kepada kematian. Strok memberi kesan kepada individu, keluarga dan komuniti. Kesan terbesar adalah menyebabkan kecacatan kekal. Ciri-ciri awal strok (Warlow et al.,2008) adalah lemah atau kebas di bahagian muka, tangan dan kaki serta masalah percakapan secara tiba-tiba. Selain itu, individu ini juga mengalami kekeliruan serta sakit kepala tanpa sebab dan boleh menyebabkan lemah anggota badan seterusnya jatuh secara tiba-tiba. Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan strok. Yang pertama adalah ischaemic leading to infarction. Masalah ini disebabkan oleh kurang aliran darah pada bahagian otat tertentu dan menyebabkan masalah kefungsian serta kerosakan...