STROK DAN PEMULIHAN
Ditulis Oleh: Nur Amalina Muhammad Badruddin (Pegawai Pemulihan Carakerja)
Menurut
World Health Organization (WHO), strok merupakan sindrom klinikal yang
diketahui bermula daripada salur darah. Ini menunjukkan sama ada perkembangan
berfokus atau gangguan menyeluruh kepada fungsi otak selama lebih dari 24 jam atau
mengarah kepada kematian. Strok memberi kesan kepada individu, keluarga dan
komuniti. Kesan terbesar adalah menyebabkan kecacatan kekal.
Terdapat
beberapa sebab yang menyebabkan strok. Yang pertama adalah ischaemic
leading to infarction. Masalah ini disebabkan oleh kurang aliran darah pada
bahagian otat tertentu dan menyebabkan masalah kefungsian serta kerosakan tisu
otak. Yang kedua adalah pendarahan intracerebral haemorrhage (pendarahan
antara otak) atau subarachnoid haemorrhage (antara arachnoid meter dan
otak). Yang terakhir adalah Transient ischaemic attack (TIA) yang
digunakan bagi merujuk kepada ciri-ciri strok yang berakhir dalam masa 24 jam.
Individu ini mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat strok dan perlu
mendapatkan rawatan daripada pakar dalam masa 24 jam berlaku (Intercollegiate
Stroke Working Party (ISWP), 2008). Bamford et al. (1991) mengklasifikasikan
strok kepada 4:
1. Total Anterior Circulation Stroke (TACS)
2. Partial Anterior Circulation
Stroke (PACS)
3. Posterior Circulation
Infarction (POCI)
4. Lacunar Infarction (LACI)
Internal
Classification of Functioning, Disability and Health (ICF) menerangkan
kefahaman dan status kesihatan. ICF mengambil kira kecacatan pada struktur
badan, faktor individu dan fungsinya serta persekitaran yang memberi kesan
kepada penglibatan dalam activiti harian. Dalam proses pemulihan/rehabilitasi,
biasanya individu strok akan dirujuk oleh pakar kepada jurupulih anggota,
jurupulih carakerja dan jurupulih pertuturan mengikut gangguan kefungsian yang
dialami. Rawatan kecemasan yang lebih awal kepada individu ini dapat
mengurangkan risiko kerosakan otak yang lebih teruk.
Program
pemulihan
dirangka berdasarkan limitasi yang dialami oleh individu tersebut. Matlamat
bagi program pemulihan selepas strok adalah untuk meningkatkan kefungsian,
belajar berdikari dan meningkatkan kualiti hidup (U.S Department of Health
and Human Services). Proses pemulihan akan membantu individu tersebut untuk
belajar semula fungsi badan yang hilang. Program pemulihan ini adalah lebih
berfokus, berarah dan latihan berulangkali akan memberi keputusan yang lebih
baik. Ianya sama seperti individu normal yang ingin belajar kemahiran yang
baru. Menurut U.S Department of Health and Human Services lagi, otak
mempunyai kemahiran intrinsic untuk membina semula tapak jalan selepas
strok (neuroplasticity) bagi membantu dalam peningkatan fungsi/kemahiran
yang mengambil masa berbulan mahupun bertahun.Program Pemulihan
Jurupulih carakerja atau terapis carakerja memainkan peranan penting dalam mengajar cara baru untuk mengalihguna kemahiran(modifikasi). Sebagai contoh, terapis mengajar cara memakai baju , kasut, seluar menggunakan sebelah tangan. Selain itu, terapis juga akan mengajar semula individu tersebut untuk melakukan aktiviti harian secara berdikari seperti memasak, mandi, makan, serta meningkatkan kefungsian tangan dan mencadangkan alat bantu individu untuk berdikari.
Jurupulih anggota atau fisioterapis pula akan membantu meningkatkan kefungsian tubuh badan individu melalui senaman kuatkan otot, latihan berjalan dan koordinasi serta membantu individu kembali melakukan aktiviti harian. Sebagai contoh, individu yang ingin ke tandas, fisioterapis akan mengajar teknik bangun daripada katil dengan betul serta bergerak ke tandas samaada secara berjalan atau menggunakan kerusi roda. Senaman kuatkan otot badan boleh dilakukan di atas katil mahupun tempat yang sesuai dan selamat bagi mengembalikkan kefungsiannya.
Akhir sekali, cara mengelakkan strok berlaku buat kali kedua adalah mengawal tekanan darah, berhenti merokok, bersenam dan kekalkan gaya hidup sihat, mengawal bacaan kolestrol, mengawal bacaan kecing manis dan periksa penyakit jantung secara berkala. Dapatkan nasihat daripada doctor pakar dan rawatan susulan di klinik atau hospital amatlah penting dalam memerangi masalah strok samaada buat kali yang pertama atau kedua.
References:
Occupational
therapy and Stroke, second edition, edited by Judi Edmans,2010
U.S Department of Health and Human Services
Clinical
Guideline on Stroke Rehabilitation, Ulaan Baatar 2013
Comments
Post a Comment