PANDUAN RINGKAS BATU PUNDI HEMPEDU (GALL STONE)
Oleh: Dr Wan Najmi Wan Daud ( General & Upper GI Surgeon)
BATU PUNDI HEMPEDU
Apakah Batu Pundi Hempedu?
Batu pundi hempedu adalah batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu dan ditemui dalam pelbagai bentuk, warna dan saiz. Ia terbentuk apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair hempedu yang terlalu pekat. Lama-kelamaan batu hempedu ini boleh menjadi bertambah besar atau semakin banyak.
Selain dari pundi hempedu, batu hempedu boleh juga terdapat sepanjang saluran hempedu atau di dalam saluran hati (jarang berlaku). Ia boleh dikelaskan berdasarkan komponen kimia dalam batu iaitu kolesterol, batu pigmen dan batu bercampur. Majoriti batu hempedu adalah batu bercampur.
Antara Simptom /Gejala:
- Pedih Ulu Hati (Heartburn)
- Kembong/Angin(Bloatedness)
- Muntah (Vomiting)
- Loya (Nausea)
- Pernafasan Terganggu
- Mata Menjadi Kuning
Beberapa risiko yang dikenalpasti berkaitan dengan penyakit ini:
- Cara
pemakanan yang tidak seimbang atau sihat seperti lemak / kolesterol yang
tinggi
- Obesiti
- Penyakit darah keturunan seperti Thalassemia
Antara
komplikasi
- Jangkitan kuman di pundi
hempedu
- Jangkitan kuman di saluran
hempedu
- Pundi hempedu bernanah
- Radang pankreas
- Radang hati
DIAGNOSIS
Pemeriksaan
lanjut perlu untuk membezakan penyakit
lain yang mempunyai gejala yang sama iaitu:
- Radang perut / esofagus (gastritis/esophagitis)
- Ulser perut (peptic ulcer)
- Injap perut longgar (Hiatal
hernia)
- Jangkitan bakteria h.pylori
- Fatty liver
Antara Pemeriksaan yang perlu di jalankan adalah:
1). Ultrasound / CT scan untuk mengesan:
- Batu pundi hempedu
- Hati berlemak (Fatty liver)
- Polyp
2). Urea Breath Test (UBT) untuk mengesan:
- Untuk mengesan Bakteria
helicobacter pylori
3). Pemeriksaan Endoscopy (Kamera Kecil) untuk mengesan:
- Radang perut / esofagus (gastritis/esophagitis)
- Ulser perut (peptic ulcer)
- Injap perut longgar (Hiatal hernia)
- Kanser perut
RAWATAN
Tiada simtom/gejala
• Pemantauan
Gejala sedikit - sederhana
• Pembedahan elektif
Gejala
serius - komplikasi
• Pembedahan kecemasan
• Endoskopi (ERCP)
• Antibiotik
Untuk Penerangan lebih lanjut anda boleh tekan link di bawah:
----------------------------------------------------------------------------------------
Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh membuat temujanji - di talian 04 5486688 ext 2510 (Klinik) atau
- Klik link ini: Klinik Dr Wan Najmi Wan Daud
- di talian 04 5486688 ext 2510 (Klinik) atau
- Klik link ini: Klinik Dr Wan Najmi Wan Daud
![]() |
Dr Wan Najmi Wan Daud |
Comments
Post a Comment