Posts

Showing posts from January, 2021

BULI

Image
  Oleh:  Professor. Dr Mohd Jamil Yaacob  -  Pakar Runding  Psikiatri 50% kanak-kanak pernah mengalami buli sekali dalam seumur hidup mereka. 1 dalam 10 kanak-kana dibuli secara berterusan. Pada asasnya, buli adalah suatu bentuk intimidasi dan dominasi ke atas sesaorang yang dikategorikan sebagai lemah. Buli merupakan suatu cara untuk mendapatkan sesuatu menggunakan kekuasaan secara paksaan. Buli fizikal melibatkan intimidasi yang melibatkan kontak fizikal. Kadangkala buli emosi dan verbal sama parahnya dengan buli fizikal. Siberbuli semakin menjadi-jadi pada zaman internet. Seorang pelajar bergaduh di sekolah membawa pergaduhan tersebut ke alam siber. Kutuk mengutuk serta komen deragotori menyebabkan pergaduhan dan perkelahian.   Videocam digunakan untuk merekod video dan klip dimuatnaik ke You Tube. Dalam sekelip mata, video tersebar di laman Facebook. Remaja yang malu akibat dikecam, dilabel dan diejek bertindak membunuh diri. Kejadian ini telah ...

Penyakit Kencing manis dan kerosakan saluran darah kaki

Image
  Oleh:  DR. ASHRAF MD RADZI  - VASCULAR & GENERAL SURGEON Pembukaan             Penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus)   memang sudah menular di kalangan masyarakat Malaysia semenjak ekonomi negara semakin maju. Kesan kemajuan ekonomi ini telah dilihat di negara-negara barat yang telah mencapai kemajuan jauh lebih awal di mana statistik memperlihatkan bahawa apabila pertambahan jangka hayat kehidupan (life expectancy) meningkat, kadar penyakit diabetes meningkat, dan kadar obesiti dalam masyarakat juga meningkat. Kesan kematian disebabkan penyakit-penyakit berjangkit sudah berkurangan apabila tahap kebersihan semakin baik tetapi digantikan dengan penyakit yang berkaitan dengan pemakanan.             Penyakit hyperkolesterolemia, diabetes, gout, obesiti, kerosakan gigi dan penyakit kardiovaskular memang diakibatkan oleh pemakanan yang salah. Penya...

Strategi Untuk Merangsang Bahasa Anak

Image
  Oleh: Aina Sofia Binti Shaharim -  Pegawai Pemulihan Pertuturan dan Bahasa Seringkali kita mendengar keluhan atau kerisauan ibu bapa zaman kini yang mempunyai anak berumur dalam lingkungan 1 tahun ke 2 tahun, yang mempunyai masalah lambat bercakap atau language delay . Secara teorinya atau berdasarkan milestone perkembangan pertuturan, kanak-kanak seawal 1 tahun sepatutnya boleh menghasilkan 1 perkataan yang bermakna, contohnya ‘mama’ atau ‘susu’. Kemudian, apabila anak tersebut mencecah umur 2 tahun, sepatutnya mereka boleh menggabungkan 2 perkataan menjadi 1 ayat, contohnya ‘nak susu’ atau ‘adik tidur’. Antara faktor kanak-kanak mempunyai masalah lambat bercakap, selain faktor kesihatan atau genetik, adalah faktor kekurangan rangsangan atau stimulasi bahasa daripada persekitaran. Terdapat beberapa strategi yang sering dilakukan oleh pegawai pemulihan pertuturan dan bahasa atau speech-language therapist semasa sesi terapi untuk merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak...