BULI

 

Oleh: Professor. Dr Mohd Jamil Yaacob - Pakar Runding Psikiatri


50% kanak-kanak pernah mengalami buli sekali dalam seumur hidup mereka. 1 dalam 10 kanak-kana dibuli secara berterusan.

Pada asasnya, buli adalah suatu bentuk intimidasi dan dominasi ke atas sesaorang yang dikategorikan sebagai lemah. Buli merupakan suatu cara untuk mendapatkan sesuatu menggunakan kekuasaan secara paksaan.

Buli fizikal melibatkan intimidasi yang melibatkan kontak fizikal. Kadangkala buli emosi dan verbal sama parahnya dengan buli fizikal.

Siberbuli semakin menjadi-jadi pada zaman internet. Seorang pelajar bergaduh di sekolah membawa pergaduhan tersebut ke alam siber. Kutuk mengutuk serta komen deragotori menyebabkan pergaduhan dan perkelahian. 

Videocam digunakan untuk merekod video dan klip dimuatnaik ke You Tube. Dalam sekelip mata, video tersebar di laman Facebook. Remaja yang malu akibat dikecam, dilabel dan diejek bertindak membunuh diri. Kejadian ini telah direkodkan di Barat.

Remaja lelaki membuli secara fizikal manakala remaja wanita lebih gemar membuli dengan menggunakan kata-kata, melakukan pemulauan dan memperkecil-kecilkan mangsa.

Dari segi psikodinamik, buli adalah tinghkahlaku mikrosistemik melibatkan persaingan untuk mendominasi kuasa, keistimewaan dan status. Ia dilakukan dalam usaha menguji kuasa di antara pembuli dan pemangsa. Lantaran, buli seolah-olah digunakan untuk memperkemas, memperkukuh atau melindungi pihak yang berkepentingan dalam sistem itu.

 Bagaimana mengetahui anak kita dibuli?

  • Suka menyendiri
  • Ketakutan ketika hendak pergi ke sekolah
  • Prestasi merosot di sekolah
  • Menunjukan tingkahlaku ketakutan ketika bercakap dengan kawan di sekolah
  • Tanda lebam atau cakar


Tanda anak kita menjadi pembuli  

     

  • Bersikap agresif terhadap kawan-kawan
  • Mereka rasa perlu mendominasi orang lain demi untuk mengawal keadaan
  • Menunjukan simpati yang sedikit terhadap orang yang menjadi mangsa
  • Suka mengambil jalan mudah dengan menunjukan keganasan sebagai cara mengatasi masalah

Masalah buli yang tidak terkawal akan menyebabkan masalah mental seperti;

  • Tiada keyakinan diri
  • Perasaan Rendah diri
  • Prestasi pelajaran merosot
  • Masalah penyesuaian diri apabila dewasa


Bagaimana mengatasi buli?

(1)  Hindari sipembuli.

Sekiranya anda berupaya mengelak daripada bertembung dengan sipembuli, berusahalah untuk melakukan sedemikian.

(2)  Berani dan teguhkan diri

Kadangkala anda perlu berlagak menjadi berani untuk menangani pembuli. Biarkan mesej sampai kepadanya: “Jangan main-main dengan dia ni’. Perkara pertama untuk menjadi berani adalah merasa selesa dengan diri sendiri.

(3)  Selesa dengan diri sendiri

Berpakaian kemas dan menjaga penampilan diri menimbulkan penghormatan orang. Penghormatan sedemikian boleh mengelak buli.

(4)  Dapatkan pelindung.

Sahabat yang sentiasa bersama anda dapat melindungi dan mengelak kejadian buli. Pada masa yang sama, jadilah pelindung kepada orang lain yang mempunyai kecenderungan dibuli.

 

Jika anda sedang dibuli

(1)  Abaikan kata-kata pembuli

Pembuli perlukan perhatian dan kejutan. Jika anda tenang dan mencari tempat selamat, mereka gagal mencapai matlamat mereka. Berpura-pura anda tidak mendengar dan tidak perasan usikan mereka.

(2)  Berani mengatakan: Tidak atau Jangan dengan suara yang tegas dan lantang. Kemudian segera bergerak daripada tempat itu. Jika pembuli menyuruh melakukan sesuatu, katakana Tidak dengan tegas. Jika dituruti pembuli akan meneruskan aktiviti mereka.

(3)  Beritahu guru. Buat lapuran kepada guru disiplin.

 

Pencegahan Peringkat Sekolah


(1)  Jangan ambil ringan kes buli di sekolah. Mulakan dengan menyediakan polisi dan merangka strategi pencegahan. Ceramah kesedaran berkala, pamphlet dan poster membantu meningkat kesedaran pelajar.

(2)  Melibatkan ibubapa dan guru-guru melalui aktiviti PIBG mencegah buli

(3)  Formulasi peraturan mencegah buli dan sistem lapuran kejadian buli di sekolah

(4) Membina persekitaran selamat dengan mengutamakan budaya hormat menghormati dan toleransi kepada kepelbagaian ragam manusia.

(5)  Pendidikan Berterusan kepada pelajar tentang pencegahan buli di sekolah.

 

Peranan Ibubapa mencegah buli

(1)  Ajar anak menyelesaikan masalah tanpa kekerasan.

(2)  Bertanya anak-anak tentang aktiviti di sekolah. Dengar baik-baik apa yang diperkatakan. Ambil tahu tentang masalah buli di sekolah. Peka dengan siberbuli.

(3)  Bantu anak bertindak dengan yakin.

(4)  Jangan galak anak anda bergaduh dengan pembuli.

(5)  Jalin kerjasama dengan guru dan komuniti untuk mencegah buli.

 

Kesimpulan

 Buli boleh dicegah dengan perancangan yang baik dan kerjasama baik pelajar, guru dan ibubapa.


Comments

Popular posts from this blog

Penyakit Kencing manis dan kerosakan saluran darah kaki

PANDUAN RINGKAS BATU PUNDI HEMPEDU (GALL STONE)

Piramid Komunikasi