Piramid Komunikasi
Oleh: Aina Sofia Binti Shaharim (Speech-Language Therapist)
Piramid Komunikasi di atas merupakan
bahan favourite yang sering digunakan
oleh speech-language therapist untuk
menerangkan kepada ibu bapa bagaimana komunikasi anak berkembang. Pada setiap
sesi pertama anak berjumpa dengan
speech-language therapist, kami akan menilai setiap komponen kemahiran
komunikasi di dalam piramid untuk mengenal pasti kemahiran apa yang perlu
dipertingkatkan untuk membantu anak bercakap dah berkomunikasi dengan lebih
baik. Secara ringkasnya, setiap lapisan kemahiran komunikasi perlu dicapai
untuk membantu kemahiran komunikasi di atasnya. Jika kanak-kanak tidak dapat
mencapai kemahiran yang berada di lapisan bawah piramid, maka kemahiran di
lapisan atas akan mempunyai masalah untuk dicapai. Ibu bapa merupakan orang
yang sangat penting dalam membantu anak untuk mencapai setiap kemahiran
komunikasi.
Pre-verbal skills atau kemahiran pra-pertuturan merupakan kemahiran komunikasi paling asas yang sepatutnya kanak-kanak ada sewaktu bayi lagi. Contohnya seperti, eye contact, joint attention dan menggunakan bahasa badan (ie: pointing) untuk meminta sesuatu. Kemahiran tersebut merupakan first step untuk perkembangan komunikasi. Speech-language therapist sangat menekankan kemahiran eye contact dan joint attention patut dicapai supaya pembelajaran pertuturan dan bahasa akan menjadi lebih lancar.
Kemahiran eye contact adalah kemahiran melihat sesorang untuk menyampaikan maklumat atau untuk memberitahu sesuatu, manakala kemahiran joint attention pula adalah kemahiran melihat sesuatu objek yang sama dengan seseorang. Dalam kata mudah, kedua-dua kemahiran di atas memerlukan anak untuk melihat dan memerhati kita dan apa yang kita lakukan atau objek yang kita sedang guna. Pada awal usia kanak-kanak, mereka banyak belajar bahasa dari persekitaran dengan melihat dan mendengar.
Oleh itu, kemahiran eye contact dan joint attention sangat penting untuk kanak-kanak kuasai untuk belajar bahasa dan pertuturan dan mencapai tahap komunikasi yang baik.
Attention and Listening
Attention and listening skills adalah kemahiran memberi perhatian dan mendengar. Seperti yang telah diperkatakan, setiap lapisan kemahiran komunikasi berkait antara satu sama lain. Jika lapisan pre-verbal skills sudah dicapai, kanak-kanak akan lebih mudah untuk memberi perhatian terhadap keadaan sekeliling.
Selain pada itu, kemahiran mendengar juga sangat
penting dalam perkembangan komunikasi kanak-kanak. Oleh tu, ibu bapa digalakkan
untuk berjumpa dengan Audiologist untuk
memastikan tahap pendengaran anak adalah normal. Apabila anak dapat memberi
perhatian, melihat dan mendengar, maka lagi mudah untuk anak belajar bahasa
dari persekitaran. Anak dapat melihat pergerakkan mulut kita dan dapat
mendengar apa kita cakap.
Bagaimana ibu bapa dapat pastikan yang anak sedang memberi perhatian dan mendengar? Iaitu apabila anak mempunyai kemahiran meniru pergerakkan, bunyi atau perkataan. Jika kita menyanyi dan menari lagu kegemaran mereka, adakah mereka akan ikut sekali menari dan menyanyi?
Jika ya, teruskan berinteraksi dengan anak anda dan banyakkan lagi
menggalakkan anak untuk meniru pergerakkan, bunyi dan perkataan kerana dengan
adanya kemahiran meniru, kanak-kanak akan mudah untuk belajar memahami dan
menggunakan perkataan dalam berkomunikasi.
Play Skills
Sama juga dengan kanak-kanak, mereka belajar benda baru dari memerhati persekitaran mereka dan aplikasikan apa yang diperhati dengan bermain dengan mainan yang sesuai. Sebagai contoh, anak melihat kita makan di meja makan menggunakan sudu, pinggan dan cawan. Alangkah bagus jika anak juga mempunyai set mainan sudu, pinggan dan cawan? Mereka boleh terus aplikasikan aktiviti makan bersama dalam mainan yang mereka sedang main.
Apakah yang ibu bapa dapat tambah baikkan dalam situasi makan bersama tadi? Ibu bapa boleh memperkenalkan pelbagai perkataan dan bunyi bermakna seperti ‘makan’, ‘minum’, ‘sedapnya’, ‘yum yum’, ‘glup glup’ dan banyak lagi! Secara tidak langsung, apabila anak mempunyai kemahiran memerhati, mendengar dan memberi tumpuan, mereka akan menggunakan perkataan dan bunyi yang dipelajari itu sewaktu bermain.Receptive Language
Untuk mencapai kemahiran pemahaman bahasa, kanak-kanak perlu mempunyai kemahiran awal di atas seperti attention, looking and listening skills dan play skills yang bagus supaya mereka dapat menggabungkan bunyi perkataan yang didengar dengan objek yang dilihat.
Apabila gabungan ini berjaya dilakukan, pemahaman bahasa dapat dicapai dengan mudah. Sebagai contoh, ibu bapa sepatutnya menamakan objek atau aktiviti yang anak sedang memberikan tumpuan. Apabila anak sedang bermain kereta mainan, ibu bapa sepatutnya memberikan words kepada anak seperti ‘adik main kereta’ atau ‘adik tolak kereta’.
Kajian mengatakan kanak-kanak
perlu mendengar perkataan yang sama berulang kali untuk mereka betul-betul
faham dan simpan sebagai kosa kata atau vocabulary
baru dalam minda mereka.
Expressive Language
Expressive language atau penggunaan bahasa adalah kemahiran bercakap. Apabila kanak-kanak mempunyai kosa kata yang cukup, barulah mereka akan mengeluarkan perkataan pertama. Kajian mengatakan, kanak-kanak perlu memahami 50 perkataan untuk mengeluarkan 1 perkataan untuk bercakap.
Oleh itu, pada awal usia lagi, ibu
bapa sepatutnya memberi rangsangan bahasa secukupnya untuk membantu anak bercakap.
Sebagai anologi, minda kanak-kanak adalah seperti gelas dan ibu bapa sepatutnya
mengisi gelas mereka dengan perkataan dan kosa kata (pemahaman bahasa) sehingga
gelas mereka melimpah (penggunaan bahasa).
Speech Sounds
Speech sounds adalah kemahiran menyebut bunyi huruf dengan betul. Atau dalam kata mudah, apabila kanak-kanak mempunyai masalah untuk menyebut satu huruf, ia dipanggil pelat. Untuk pengetahuan semua, setiap bunyi huruf dalam ABC mempunyai waktu perkembangan yg berbeza. Seperti contoh huruf ‘b’, ‘m’ dan ‘p’ dapat disebut terlebih dahulu berbanding huruf ‘r’.
Ibu bapa
tidak perlu risau jika anak berumur 2- 3 tahun ke bawah bercakap sedikit pelat
kerana mereka masih dalam fasa untuk belajar menghasilkan bunyi dengan betul.
Oleh itu, ibu bapa digalakkan untuk menyebut semula perkataan pelat yang mereka
hasilkan dengan bunyi yang betul supaya anak tidak terbiasa atau menjadi habit untuk bercakap pelat.
Rujukan:
1) Kaderavek, J. N. (2011). Language
disorders in children: Fundamental concepts of assessment and intervention.
Pearson
2) Speech & language development further
information. (n.d.). Retrieved February 08, 2021, from http://www.ckspeechtherapy.com/speech-language-development-further-information
Comments
Post a Comment